Bl0g aku,,, Suke aty aku lhaa nk watt pee...aw0kkk tuu diamm jee ehhhh..!!
:p


















"Whatever You Are,




Be A Good One"













Wednesday 25 January 2012

Dah Taktau Nak Letak Title Ape (!)


ni gmbaa kami 4 beradik.. aku of coz lhaa yg paling tnggi tuu..~
pic nii diambil tyme kt0rg kat langkawi sch0ol h0lidays yg lepas..
yg over-posed tuu adek b0ngsu aku... nme dea wawa ...
baru 4 ta0n dh pndai wat mcm2 pose..
huahuhuauahuah !!

#Bab 1#

   "Kak Long, Kak Long..!! Bangun ! Dah Subuh dah ni..." Jeritan ibu mengejutkan aku dari lena.Kulihat jam sudah menunjukkan angka 6. Lantas, aku bangun dan terus mencapai tuala untuk ke bilik mandi.Selepas mandi,aku terus menunaikan kewajipanku sebagai seorang gadis yang patuh pada perintah agama.Usai Solat Subuh,aku terus menyiapkan diriku untuk pergi menuntut ilmu yang masih belum cukup.
   Mujurlah sekolahku tidak jauh dari rumah. Tepat jam 7.05 pagi,aku tiba di hadapan pintu pagar sekolah.Kulihat ramai pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam perkarangan sekolah.Mengikut peraturan di sekolah ini,setiap pelajar harus ada di tapak perhimpunan sebelum jam 7.30 pagi.Lantas kucium tangan orang tuaku dan meminta mereka mendoakan agar aku senang memahami pelajaran.
   Keadaanku agak kelam-kabut pagi itu kerana aku terbangun lewat.Sedang aku berjalan melangkah masuk ke tapak perhimpunan,tidak semena-mena aku terlanggar salah seorang pengawas yang lalu di sebelahku.Aku cepat-cepat mengucapkan maaf seraya mengutip buku-bukuku yang bertaburan.Kufikir dia perempuan lalu aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.Pabila kulihat wajahnya,dia seorang lelaki !Aku berasa amat malu lalu menurunkan tanganku.Aku segera berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.